Thursday, April 9, 2009

BUKU-BUKU HASIL TULISAN DR ARBAK OTHMAN


Sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa ; antaranya termasuklah buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh Penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Beliau juga turut menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Baktidan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.






Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, beliau berjaya menghasilkan menerbitkan tiga buah kamus terbitan Penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-20040, Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007). Buku Puisi, Penyair dan Kreativiti (bersama Lim Swee Tin) 2007 dan Semiotik (2008),terbitan Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor.

No comments:

Post a Comment