Thursday, April 9, 2009

PENYELIDIKAN DR ARBAK OTHMAN

Penyelidikan terakhir yang sedang beliau usahakan ialah Nahu Minimalis dan Penerapannya Dalam Bahasa Melayu.

SUMBANGAN DR ARBAK OTHMAN






Kesan daripada usaha ini ialah penerbitan beberapa buah esei kritikan puisi dalam majalah tempatan, terutamanya dalam Dewan Sastera, DBP. Selain itu, beliau juga turut berjaya menghasilkan sebuah buku kritikan puisi yang berjudul Semiotik Dalam Penelitian Puisi yang diterbitkan oleh Penerbit Citra Kurnia Enterprise, Seri Kembangan, Selangor. Sekaran ini beliau terlibat sebagai ahli Panel Hakim Hadiah Sastera Utusan-Exxon Mobil dan Panel Hakim hadiah satera Negeri Sembilan (PEN). Beliau sering diundang untuk membuat kajian dan penyelidikan untuk analisis antologi puisi oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka daripada berbagai-bagai cawangan.

HADIAH KEMENANGAN DR ARBAK OTHMAN



Antara hadiah yang pernah beliau menang ialah Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam Kategori Sajak (Hadiah Utama) pada 4 Julai 2002 dan Hadiah Sastera Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori kritikan sastera pada tahun 2001/2002. Pada tahun 2002, beliau pernah memenangi hadiah sagihati dalam Sayembara antologi Puisi Selangor dengan Judul Wajah Kemerdekaan. Seterusnya pada bulan Mei 2004, beliau telah berjaya memenangi Anugerah Hadiah Sastera Kumpulan bagi kategori Hadiah Uatama kajian Sastera 2003. Beliau juga turut memenangi hadiah utama Kencana Kategori esei kritikan, anjuran DBP, Kuala Lumpur.

NOVEL KARYA DR ARBAK OTHMAN

Kegiatan terakhir beliau ialah menulis novel. Novel yang beliau tulis bertajuk Dari Delima Ke Destini merupakan novel pertama yang diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2002. Kegiatan lain termasuklah kegiatan menulis puisi dan rencana ilmiah, termasuklah penglibatan dalam kegiatan sastera tanahair yang dianjurkan oleh pertubuhan penulis seperti Pena, Gapena, selain kegiatan bahasa anjuran Persatuan Linguistik Malaysia dan lain-lain.

HOBI DR ARBAK OTHMAN

Pada masa kini, beliau bertugas sebagai pensyarah semenjak tahun 1980 di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. Hobi utama beliau ialah mendekalamasikan puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu.

ANTOLOGI PUISI DR ARBAK OTHMAN

Antologi puisi yang pertama beliau yang berjudul Peta Cinta telah diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit yang sama juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi beliau yang berkaitan dengan remaja dengan judul Bungan Di jalan pada tahun 2003, Sinar Masa (2004), Sketsa Kehidupan (2005), dan Suara Gundah Di Bumi Basah (2006) dan Luka Mimpi (2007).

ARTIKEL DAN RENCANA DR ARBAK OTHMAN




Artikel dan rencana yang ditulis oleh beliau adalah berjumlah 156 buah, kebanyakkannya tertumpu pada bidang linguistic dan tatabahasa, aplikasi konsep teori linguistic dalam pengajaran bahasa Melayu, termasuk perkamusan. Akhir-akhir ini, beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan linguistic-semiotik. Beberapa daripadanya diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Majalah Pangsura(Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir, (Utusan Melayu Press), Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Berita Minggu dan lain-lain.

BUKU-BUKU HASIL TULISAN DR ARBAK OTHMAN


Sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa ; antaranya termasuklah buku yang berjudul Pengantar Linguistik, Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Musanif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh Penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Beliau juga turut menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Baktidan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembaca awam. Buku Nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar sintaksis yang diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun 1989.






Dalam bidang pengembangan aplikasi linguistik, beliau berjaya menghasilkan menerbitkan tiga buah kamus terbitan Penerbit Oxford Fajar. Judul ketiga-tiga kamus itu ialah Kamus Pelajar Fajar Bakti (2000-20040, Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2005/2006) dan Kamus Pelajar KBSR (2007). Buku Puisi, Penyair dan Kreativiti (bersama Lim Swee Tin) 2007 dan Semiotik (2008),terbitan Citra Kurnia Seri Kembangan, Selangor.

TOKOH BAHASA


DR ARBAK OTHMAN

Setelah berkecimpung dalam bidang kebahasaan, termasuk tatabahasa Melayu, Perkamusan, Semantik dan wacana kira-kira 30 tahun, Arbak Othman ingin menghabiskan hayatnya dengan bidang yang meneliti bahan sastera, khususnya puisi, iaitu genre yang telah terserap ke dalam jiwanya semenjak tahun 1974, tetapi bergiat semula semenjak tahun 1998 hingga sekarang. Beliau meneroka wacana puitik tidak sahaja dari segi seni penciptaannya, tetapi juga mengkaji puisi-puisi penyair tanah air dalam usaha beliau menempatkan karya-karya penyair kebangsaan kita pada perspektif yang menyelongkar ketinggian seni karya berdasarkan pendekatan linguistik semiotik, iaitu cabang ilmu linguistik yang diperluaskan kepada bidang yang mengkaji hasil-hasil kesusasteraan mengikut ukuran peranan tanda dalam ilmu yang dinamakan The Science of Signs melalui proses interprestasi tanda dan dunia di dalamnya. Kecenderungan yang dimantapkan dalam kajian yang dilakukan dengan penuh minat dan ketekunan membuat beliau kini terlibat dalam dunia kritikan sastera, khususnya terhadap seni karya berbentuk puisi.





Kesungguhan beliau dalam bidang ini, selain mencipta puisi, telah menyebabkan beliau meraih beberapa kejayaan dalam bidang kritikan sastera pada tahun 2001 dengan Anugerah Sastera Utusan Melayu (Kategori Utama untuk Puisi) dan Anugerah Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori Kritikan Sastera untuk tahun 2001/2002. Antologi puisi beliau yang pertama dihasilkan sebelum ini berjudul Peta Cinta, manakala novel yang pertama diterbitkan berjudul Dari Delima Ke Destini. Bagi Arbak Othman, yang dilahirkan pada 10.02.1944 di Kampung Sebatu Melaka, genre puisi merupakan wadah pernyataan hati, perasaan, hasrat, idealisme perjuangan, keilmuan, maklumat dan keintelaektualan yang dapat digunakan oleh manusia untuk menegur, menyanjung dan membantu pembinaan budaya, bangsa dan negara.

KETIKA DAN KALIMAT

KULIAH HARI INI... Ape yang aku nak kongsi pasal ketika dan kalimat ni eh? 10 page ??.. enjin neutron aku pun jadi tak stabil dengan projek paper lagi. Namun, untuk subjek ni.. aku tulis je la apa-apa pun yang aku tahu. Yang penting, janji siap assignment ni dan aku pun boleh bereskan projek paper sampai siap. Mula-mula aku nak cite pasal subjek yang aku amik ni. Aku pun kurang pasti yang subjek ni kene wat macam-macam keje. Bukan satu atau dua keje, agak banyak la. Setiap hari Rabu, kau boleh ade je keje yang kene wat. Dah tu kene hantar tepat pada pukul 2 petang. Tapi xpe, demi, Dr. Normaliza subjek ni aku sanggup buat apa saja asal aku dapat A, bak kate orang tua-tua bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian kan?

Apa itu BAHASA DALAM MULTIMEDIA? Pertama, apa yang aku ingat aku kene ambil tahu pasal software ke apa, sekali bukan tu je yang kene blaja rupenye banyak lagi.. Mula-mula aku dengar pasal pensyarah yang mengajar subjek ni, budak-budak yang penah amik cakap pensyarah tu garang. Tapi Alhamdulillah, beliau bukan seorang yang garang mana pun, ada juga sense of humor . Cuma kadang-kadang Dr tegas sikit je bab-bab kene hantar tugasan dengan tugasan yang die bagi tu. Yang aku tak tahan bile die tak nak tugasan tu kitorang kene wat baru, tu yang sakit banyak. Huhuhu. Kadang-kadang aku tertekan juga kerana tugasan yang Dr bagi tu kene hantar on time, dah la aku ni jenis buat kerja tak boleh rushing, tertekan je aku. Tapi bile ingat-ingat balik perkara tu cam klakar, best, seronok pun ada juga. Dari situ lah aku boleh tengok perangai pelajar yang satu subjek dengan aku. Ada juga yang buat cantik, kemas tapi ada juga yang buat belasah je.

Tugasan yang Dr bagi ni, bergantung kepada kerjasama dalam kumpulan, janji aku dengan kumpulan aku wat keje bagus-bagus sebab nak dapat ‘A’. Hahaha. Pasal kumpulan ni , aku pun tak tahu bagaimana aku boleh masuk dengan kumpulan gadis-gadis yang sangat rajin buat kerja. Yang aku pelik skit pasal name group aku ni leh dikatekan agak keanak-anakkan jugak la. Ade ke patut letak name ‘NICHS? hahaha. Walau ape pun aku rasa sangat bangga dengan group aku ni, name tak memainkan peranan yang penting asal kerjasama dan semangat berpasukan tu kuat, apa saja keje yang Dr bagi kitorang selesaikan je. Huhuhu.

Okay, sekarang ni kita berbalik kepada apa dia yang sebenarnya BAHASA DALAM MULTIMEDIA, sebenarnya aku kurang faham dengan subjek ni. Aku key in ikut pakej, nak cukupkan jumlah jam kredit. Tapi, sebenarnya subjek ni wajib untuk sesiapa saja yang ambil kos Bac. Linguistik Melayu. Sebenar-benarnya, aku kurang faham dengan subjek ni. Huhu. Mula-mula sekali masa pertama kali aku menjejakkan kaki ke kelas ni, aku rasa macam pening-pening je. Aku buat-buat la pandai masa tu, tp dalam hati,hehe, Tuhan saja yang tahu..aku pun control macho dan cover buat-buat tahu semua perkara tentang subjek ni. Bukan apa pun, takut nanti apa pula kata budak-budak kan. Jadi, kelas pertama je, kami dah kene buat benda asing bagi aku.huhu. Kami kena bawak gunting, kertas lukisan, kadbod, majalah, dan pastu kitorng kena melukis kat dalam kelas tu. Dah la aku ni tak pandai sangat melukis, apa yang aku lukis pun tak macam ape yang Dr nak. Sebenarnya, tugasan ni nak bagi pendedahan tentang lima aspek penting dalam membuat sesuatu iklan.

Untuk pengetahuan para pembaca, subjek ni sebenarnya ada kelas tutorial. Subjek ni ada tutorial, aku punya tutorial hari Khamis malam bersama Cik Aliya. Cik Aliya ni sebenarnye anak kepada Dr. Normaliza. Aku dengar khabar angin Cik Aliya ni garang macam mak die juga. Tapi sebenarnya, Cik Aliya ni okay orang nya. Kalau dah kenal lama, kiranya dah macam member-member da. Boleh gurau senda lagi. Tipu la budak-budak yang wat cite tentang Cik Aliya ni, pandai sangat wat cite pasal orang lain. Ape yang aku tahu Cik Aliya mengajar kat KLIUC. Dia punya suara romantik, cam suara ibunya..huhu... Time malam Khamis, bila ada je budak yang datang lambat, silap besar le beb..kene berdiri cam askar kat depan. Pastu kene bagi alasan yang paling munasabah kene lambat datang. Tiada alasan, tak boleh duduk. Cik Aliya siap denda dorang lagi beb. Kadang-kadang, timbul rasa kesian kat budak-budak tu terkial-kial nak jawab. Masa tu aku dah tak dapat nak beza tu Cik Aliya ke Dr. Normaliza...hehe..sama je die marah malam tu. Tapi, walau apa pun, Cik Aliya memang baik..

Cik Aliya ajar kami bagaimana nak buat Powerpoint, Kalendar, website dan ni yang terakhir sekali, blog. Tentang powerpoint yang aku kene buat tu, boleh dikira macam okay, aku wat tajuk tentang senjata perang yang canggih. Masa nak present, tiba-tiba je keluar menu warning kat skrin computer..alamak, macam mane ni..Cik aliya kata, kalau ada problem, terus tukar orang…adohai…aku dah mula rasa tak stabil. Kmaklum le, sanggup tak tido sebab nak siapkan benda ni. Bile dah siap, rasa nak edit je..tapi, Alhamdulillah, aku pun cancel kan menu amaran kat skrin computer tu. Dan present macam biasa..lega betul rasanya hati ini. Tapi, ada juga masa present tu, Nasib baik la time present tuh aku nye powerpoint ok xde masalah cam budak-budak lain lain. Ada yang tak keluar lagu, ada yang sangkut-sangkut dan ada lama sangat.. Aku pilih tajuk tu sebab Cik Aliya kata nak pasal sesuatu yang baru kononnya, aku pun pilihlah tajuk ni janji tajuk yang aku wat tu baru. Hahaha.

Lepas selesai minggu buat present powerpoint, kami pun bertukar kepada tugasan yang mencabar minda iaitu kami kene buat kalendar. Bila dengar kalender je, aku teringat kat kedai Raju kat kampung. Bukan apa pun, biasa Rajubagi percuma, tapi kali ni aku kene buat sendiri. Haha. Nak buat kalendar ni kena guna Adobe Photoshop. Aku selalu tengok benda ni dalam laptop, tapi tak tahu pula macam mana nak guna. Jadi, Cik Aliya pun ajar kami skil-skill yang beliau tahu dalam menggunakan Adobe tu tadi. Bila dah tahu, senang pula rasanya. Ingatkan nak pening-pening tahap maksima guna benda alah ni.huhu. bermula dari situ lah timbulnya minat aku untuk menceburkan diri dalam aktiviti membuat kalendar. Seronok. Bayangkan lah dari aku tak tahu apa-apa tentang Adobe, sekarang ni aku dah boleh letak gambar aku kat sebelah Ronaldo (MU). Kononnya aku pernah pergi Stadium old Tafford. Ambil gambar sama-sama. Hahaha. Teknologi le katakan. Apa pun boleh. Sampai tahap aku dah jadi ketagih nak cut-cut gambar dan edit.

Berminggu-minggu lamanya la aku kene siapkan kelender tu dan hasilnya cukup memuaskan hati. Aku rasa puas hati dengan kerja aku. Tapi terpulanglah pada Cik Aliya nak bagi markah berapa. Masa mula-mula Cik Aliya tengok kalendar aku, dia kata okay. Senyum je. Manisnya.:-)..Jadi dalam kalender tu, aku pun letak macam-macam gambar yang aku rasa sesuai dengan citarasa muda mudi aku ni. Lain tak bukan kereta... Siap superimpose lagi. Aku pun letak gambar kawan-kawan, gambar buah hati, ayahanda dan bonda. Nanti risau kawan-kawan tengok tak ada gambar mereka, kecil hati nanti. Huhuhu. Kalau nak diikutkan aku nak letak sume gambar aku je dalam kalender tu.. Aku gembira dengan hasil dan daya kreativiti dengan hasil kalender aku tu. Lepas ni, aku tak perlu lagi lah minta kat kedai Raju kalendar percuma, sebab aku pun boleh buat sendiri la Raju. Huhu. Nanti leh bukak syarikat kelender satu hari nanti. Amin. Huhuhu.

Selepas aku berjaya mengharungi minggu buat kalendar, minggu seterusnya aku dan rakan-rakan yang yang lain kene buat tugasan laman web. Bila dengar saja tentang laman web, aku mula jadi tak tentu hala sebab, aku lemah bab-bab internet ni. Kalau setakat masuk laman web Google, Yahoo atau Friendster boleh le..Itu pun hanya log in. Dulu kala, pernah juga aku tengok kawan-kawan yang lain buat laman web ni, tapi masa tu guna HTML. Susah nye..tapi sekarang senang, dah ada microsoft Frontpage, terus masukkan data dan Hyperlink. Pening juga nak buat laman web ni kawan-kawan..Dua minggu untuk masa siapkan laman web. Dua minggu akhirnya aku berjaya menyiapkan laman web aku.
Mula-mula aku buat muka depan, lepas tu sub-sub topik yang lain seperti biodata, tempat tinggal, hobi, tempat menarik, gambar-gambar keluarga dan rakan-rakan,. Kalau boleh, aku masukkan juga gambar mator, kereta yang ada di rumah kampung. Saja je, mana le tahu, ada gadis-gadis comel tengok laman web aku, boleh jatuh hati ke, tankap lentok ke bila tengok laman web 2. (tapi sebenarnya, motor dan kereta adalah pinjam dari keluarga saja, huhu). Apabila selesai hyperlink, aku pun mencuba nasib tengok laman web aku dalam offline. Akhirnya usaha tanpa tergoda pada bantal dan tilam, telah memberi aku hasil kerja yang amat memuaskan. Minggu pemeriksaan pun datang, Cik Aliya kata, aku punya laman web okay, Cuma kena touch up sikit bagi lawa.

Minggu demi minggu berlalu, tibalah ke tugasan terakhir iaitu kena buat blog. Selalu blog ni aku baca dari internet. Tak pernah pun terlintas di suatu hari nanti aku kene buat blog ni. Untuk tugasan blog ni, kami kene temubual tokoh-tokoh bahasa di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (fakulti kesayangan aku). Satu hari suntuk juga nak cari tokoh bahasa ni. Bukan apa, golongan professional ni kan terlalu sibuk dengan bidang kerjaya mereka. Akhirnya, setelah bermuafakat dengan kawan-kawan yang lain, aku pun pergilah menemubual Dr Arbak. Nasib baiklah Dr ni sporting. Kami pun tanyalah macam-macam tentang bidang beliau sepanjang menjadi tokoh bahasa ni. Lepas tu kami pun mengadakan sesi tangkap gambar.

Apabila sudah selesai kumpul maklumat tentang Dr Arbak, aku pun terus mengorak langkah membuat blog ni. Sekali tu, Cik Aliya bagitahu dalam kelas, kena ada 10 post. Banyak tu kawan-kawan. Pening-pening kepala teman ni. Bertambahlah uban kat kepala aku ni. Hehehe. Lepas tu, kena pula buat Ketika Dan Kalimat. Apa ke benda ni?? Aku pun tak tahu. Rupa-rupanya, Ketika dan Kalimat ini ialah cerita tentang apa sahaja yang kami rasa nak luahkan tentang kelas Bahasa dan Multimedia. Sekali lagi halilintar berdentum di angkasa (macam cerita Hindustan, bila ada masalah besar berlaku 2) heheh, sebab apa?? Sebabnya ialah kena buat 10 muka surat kawan-kawan. Single spacing pula tu. Tertekan juga jiwa dan raga ini membuat Ketika dan Kalimat. Jadi sebagai kesimpulan nya, aku poun belasah je tulis lah apa sahaja yang aku rasa boleh dimuatkan dalam Ketika dan Kalimat ni.

Bila dah selesai buat Ketika dan Kalimat, kena print out, sebab?? Nak bagi bukti yang kita dah buat 10 muka surat. Betul juga cara tu, mana tau, aku ni pun jahat juga. Kalau terus post je dalam blog mungkin 4 atau 5 page je. Hehehe. Aku ingat juz postkan jew dalam blog ni. Akhirnya segala maklumat yang aku kumpul untuk buat blog ni dah dapat. Tapi still pening nak buat ketika dan kalimat ni. Hahaha. Pening bukan sebab pe pun, aku tak ada idea nak buat benda ni. Kepada sesiapa yang sudi membantu di luar sana. Tolonglah lah hamba ini....... Huhu. Yang buat aku lagi rasa tertekan bila Dr. Normaliza cakap die nak tengok semua hasil blog budak-budak dalam kelas Rabu ni masa kelas die. Berpeluh-peluh dahi teman memikirkannya.. Aish.. macam perempuan kan? Hahaha. Blog ni mungkin kami hantar masa kelas tutorial.

Kawan-kawan pun dah pun baca apa benda perkara yang pelik aku cerita ni kan. Huhu..jadi, aku pun nak tukar angin nak cerita tantang cite ape yang aku belajar dengan Dr. Normaliza masa dalam kelas.

Ceritanya berbunyi begini, pada setiap hari Rabu (gaya cerita Sang Kancil), kalau boleh kami kena sampai awal dalam kelas. Barang sesiapa yang lambat, al maklum le, berdiri di hadapan, tidak dibenarkan senyum, dan kemudian kena buat pantun. Hehehe. Kesian juga tengok budak-budak yang datang lambat kene denda. Okay, sebenarnya kelas ni tak sempat pun nak salin nota, sebab kami kene ’salin’ guna kamera digital(tangkap gambarlah)..sebab?? ini kan kelas multimedia, jadi cara menyalin nota pun mestilah advance lain dari yang lain. Sape yang tak ada kamera tu pandai-pandai la nak hidup. Pelajar universitilah kate kan.. tak kanlah nak kena suap macam budak-budak sekolah rendah?? Huhuhu. Apa yang paling seronok ialah bila dah selesai nota, Dr Normaliza pun mengadakan kuiz. Kalau nak jawab, kena sepantas kilat bangun dari kerusi. Kalau salah seorang lambat bangun, alamat secara automatiklah anda gagal..huhu.

Sebelum terlupa ada juga yang kami kena buat perbincangan tentang pemikiran kanak-kanak. Aku lupa group aku dapat tajuk apa tapi rasa tentang kanak-kanak sindrom. Selain itu ada juga perbincangan pasal kegunaan multimedia dalam kehidupan seharian. Dalam tu isi yang kami bagi semuanya kami goreng asalkan bersangkut paut dengan multimedia. Aku dengan group aku tulis je ape yang patut pasal kegunaan multimedia macam kegunaan GPS dalam kenderaan untuk melihat peta, kegunaan kamera digital untuk mengambil gambar, kegunaan radio bagi menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara seperti kesesakkan lalu lintas dan sebagainya. Ini je yang mampu enjin neutron aku ingat perkara yang melibatkan aktiviti perbincangan. Dah 13 minggu berlalu.

Lagi satu ape yang seronok masa dalam kelas Bahasa dalam Multimedia ini ialah, selepas Dr. bagi keje kat kami, dia akan pusing-pusing 2-3 kali dalam kelas dan kemudian tinggalkan nota kat slide dan hilang. Jadi kami bebas nak buat kerja dalam kelas tu. Nak bising ke, nak memekak ke, nak jalan-jalan ngorat-ngorat awek dalam kelas ke semua boleh janji Dr, xde la. Hahaha. Dalam kelas ni juga kami dapat belajar bagaimana nak buat majalah. Ape yang aku ingat, aku kena bawa majalah terpakai lepas tu gunting-gunting, lepas tu kene ikat kat kadbod. Aku rase group aku wat paling cun kot. Huhuhu. Masa tu aku rasa macam kat sekolah rendah buat kerja tu, mana kan tidak potong-potong dah tu tampal. Macam kat sekolah rendah dulu pun ada juga buat macam tu. Hahaha. Bukan tu je yang aku buat dalam kelas ni. Aku dan group aku kene buat iklan. Kami pun membuat keputusan iklan pasal botol air.
Masa ni lah aku dapat tengok bakat terpendam budak-budak dalam kelas ni melukis. Dah macam kelas seni aku rasa masa ni. huhu. Masa hantar, Dr kata okay. Fuhh...lega hati kami. Hahaha. Rase macam bangga pun ada. Padahal yang kami lukis tu macam budak kecik je. Bukan pe pun, da lama tak melukis ni, so apa yang kami buat u kira berbalai la juga dari group yang hantar awal lepas tu kene rejected denganDr. huhu. Apa-apa pun aku puas hati la dengan hasil kerja group aku.

Sebelum aku lupe, subjek ni sebenarnya ade 2 lecture. Seorang yang aku cite panjang lebar tadi iaitu Dr. Normaliza dan seorang lagi Dr. Arba’ie Sujud. Kedua-dua lecturer ni saling bertukar-tukar masa mengajar. Tapi apa yang aku tengok Dr. Normaliza yang banyak masuk kelas. Dr. Arba’ie masuk 2 kali je. Die ajar pasal web. Kalau dengan Dr. Normaliza macam-macam die ajar. Dah tu dah la kami ta boleh masuk lambat dalam kelas dia. Kelas mula pukul 12. Kami masuk 12.01 minit pun kena marah dah. Hahaha. Aku lupa aku pun pernah kena marah gak ngan die, tapi bukan pasal aku datang lambat.

Apa yang aku ingat masa Dr. Arba’ie mengajar dalam kelas pasal buat storyboard. Masa dalam klas tu die tunjuk la kat kami cara-cara nak buat storyboard yang baik dan bagus. Ada juga video tentang projek Dr Arba’ie. Aku tengok pun dah macam orang putih buat. Kira sama taraf la. Bagus sungguh aku tengok anak tempatan punya hasil kerja. Apa yang aku dapat tahu, mereka sedang mencipta sebuah komik dalam bahasa Melayu, rupa-rupanya Dr. Arba’ie yang buat jalan cerita atau skrip kat dalam tu. Kalau dia yang lukis sekali memang aku tabik spring habis kat dia la. Huhuhu. Dr. Arba’ie ni sporting orangnya dan gaya dia ala-ala hensem la. Korang kalau tengok die mesti cair punya. Tapi ada satu hari tu aku tengok Dr. Arba’ie tiba-tiba je marah sorang budak mascom, siap budak tu kena halau dari klas lagi. Kalau aku yang kena macam tu mesti malu .

Dalam banyak-banyak tugasan yang Dr bagi kat aku, aku paling suka tugasan tentang anak yatim atau pergi rumah anak amal tu. Masa dapat tugasan ni aku rasa macam malas je nak buat. Yelah banyak keje nak siapkan assignment subjek lain tiba-tiba kami kene buat tugasan luar pula. Mane tak pening. Macam-macam aku fikir pasal tugasan ni. Aku dengan group aku kene pilih salah satu rumah anak yatim atau rumah amal yang terdapat di Malaysia. Jadi lepas bincang-bincang aku dengan group aku sebulat suara telah memilih rumah amal kami iaitu Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa. Rumah Titian Kaseh ni sebenarnya bukan lah rumah anak Yatim. Sebenarnye Rumah Titian Kaseh ni kire macam pusat aktiviti kanak-kanak yang bernaung di bawah rumah ni. Kebanyakkan kanak-kanak ni ade keluarga lagi, ada yang datang dari keluarga yang susah, keluarga yang bermasalah Nak dijadikan cerita, kami rancang nak pergi Rumah Titian Kaseh ni punya la lama. Lebih kurang sebulan la masa yang diambil. Minggu demi minggu kami bincang pasal program ni dan alhamdulillah boleh dikatakan semangat kami time nak pergi tu berkobar-kobar maklumlah nak curahkan bakti la konon-kononnya pada anak bangsa. Apa yang aku dapat dari buat program ni? Aku dapat lihat semangat kerjasama antara kumpulan aku yang bersungguh-sungguh menjayakan program tersebut. Dan terima kasih juga pada Dr. Normaliza sebab derma RM 100 hari tu.

Dalam minggu 13, Aku ingat lagi 25hb Mac haritu kami kena present movie maker pasal aktiviti yang kami buat di rumah anak yatim. Semua group kena present masa tu. Pelbagai kreativiti daya persembahan yang aku tengok. Masing-masing hebat-hebat guna Movie Maker ada, Sony Vegas pun ada. Ade yang letak gambar-gambar dan ada yang buat video documentari. Masing-masing nak tunjuk hasil yang terbaik. Dr. ada cakap yang dia bukan kedekut markah pun sebenarnya. Sume group die bagi markah full. So sekarang ni kami hanya bergantung pada exam final ni je la. Risau juga aku ni sebab nota mana aku nak belasah ni, nota ada sikit je. Soalan exam semua keluar pasal apa kami buat dalam kelas. Dah lepas habis semua group present, aku ingat lagi, Dr. Normaliza minta kami tangkap gambar ikut group masing-masing kat dalam kelas. Aku tengok semua pose ikut gaya yang tersendiri padahal yang tukang amik gambar tu Cik Aliya amik gambar muka sampai takat dada je. Hahaha.

Huhuhu.. aku baru teringat lagi pasal satu tentang tugasan yang Dr. bagi. Die suruh guna kamera digital lepas tu tangkap satu group untuk buat slide pasal pepatah Melayu. Masa tu aku ngan group aku posing pelbagai bentuk dan gaya la masing-masing. Sume belagak ala-ala model la…. Hahaha. Dalam banyak-banyak pose die nak 20 slide je tentang pepatah or peribahasa Melayu. Aku tengok banyak group-group lain buat bagus-bagus. Banyak gambar-gambar yang mereka tangkap lepas tu masukkan pepatah atau peribahasa yang berkaitan. Tahniah untuk semua termasuklah group aku. Hahaha.

Sebenarnya kawan-kawan, Kelas Bahasa dalam Multimedia ni unik dari kelas-kelas lain yang aku penah ambil sebelum-sebelum ni. Kadang-kadang Dr. Normaliza suruh pergi tengok senarai barang-barang yang nak kena bawa minggu depan untuk kelas dia kat depan bilik dia. Sape yang tak pergi tengok tu memang nasib anda kurang baik jika datang klas tak bawak barang-barang yang diperlukan. Memang cari nahas ngan Dr. Normaliza la. Silap besar la beb...huhuhu.. Huhuhu. Jadi sebelum pergi kelas, kami mesti siap sedia macam askar nak p perang tu... Semua barang yang diperlukan sebelum memulakan aktiviti kat dalam kelas tu. Apa yang buat kami sakit sikit dalam kelas ni ialah setiap ahli kumpulan tak boleh ponteng kelas Dr ni. Kalau ponteng potong markah bro... jadi ni lah satu-satunya kelas yang aku tak pernah ponteng lagi sepanjang sem ni. Hahaha. Kejayaan yang amat membanggakan. Bagus la Dr. buat macam ni sebab menggalakkan student datang ke kelas dan menepati masa. Bangga betul dengan diri aku ni sebab berjaya bertahan dari memontengkan diri. Hahahaha.. Sebenarnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Dr kat dalam klas tu semuanya masuk exam juga nanti. Sume aktiviti yang dijalankan group NICHS merangkap kumpulan aku ni semua berusaha buat yang terbaik nak dapat ‘A’. kalau tak dapat ‘A’ juga, teman tak tahulah.hehehe

Aku dah kering idea nak cerita pasal ketika dan kalimat ni sebab aku rasanya aku dah cerita semuanya dalam ni. Apa-apa pun selama aku amik kelas ni selama 14 minggu aku rasa happy sangat sebab macam-macam aku belajar pasal multimedia. Dari aku tak tahu buat kalender gune adobe photoshop terus jadi manusia ketagih, dari aku tak tahu nak buat website, dalam 2 minggu je aku belajar dah boleh siap sepenuhnya dan akhir sekali blog ni, aku dapat lihat blog yang aku buat pasal tokoh ni sedikit sebanyak dapat membantu generasi akan datang mengenali tokoh bahasa yang lain. Sumbangan tokoh-tokoh yang menghasilkan karya dan buku-buku berbentuk ilmiah ini harus dihargai kerana penghasilan karya tersebut adalah untuk membantu anak-anak muda pada masa akan datang.

Dalam makalah elektronik ni, aku nak mengucapkan jutaan dan bilion terima kasih kepada insan yang bergelar pensyarah BAHASA DALAM MULTIMEDIA ni iaitu Dr. Normaliza yang banyak membantu kami dalam membuat tugasan yang diberikan. Beliau bukan sahaja mencurahkan ilmu, malah beliau ibarat lilin yang membakar dirinya bagi menerangi orang yang berada di sekelilingnya. Dr Normaliza juga banyak mendedahkan kepada kami tentang dunia yang bakal kami tempuhi iaitu dunia pekerjaan. Pelbagai disiplin yang beliau telah berjaya serapkan dalam diri kami untuk persediaan hari kemudian apabila kami sudah bergelar Graduan nanti. Dr, sekali lagi jutaan terima kasih di atas segala pengorbanan Dr kepada kami. Budi baik Dr, saya dan kumpulan saya sangat-sangat hargai. Tak luapa juga buat Cik Aliya turut memainkan peranan penting dalam kejayaan saya menghasilkan setiap tugasan yang diberikan sehinggalah terhasilnya blog mengenai tokoh bahasa ini yang diberi nama Pahlawan Melayu..

Selain itu saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih pada ahli kumpulan saya iaitu ‘NICHS’ yang banyak membantu di dalam klas serta memberikan kerjasama yang baik serta mempunyai semangat berpasukan yang utuh.. kepada SUZIE, HAS, SHAHIDA, SERI DAN GAWRI, kamu semua ahli kumpulan yang terbaik bagi saya. Kepada rakan-rakan lain dalam kelas, aku nak memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita berkuliah bersama-sama Bagi kawan-kawan yang selama ni pernah terasa hati ngan aku, aku mintak maaf banyak-banyak kat korang ok. Kire 0-0 la.. Akhir sekali aku ingin mengucapkan terima kasih pada rakan-rakan sekuliah aku aku yang tolong aku letak aku dalam group yang bagus ni.

Okay lah kawan-kawan, teman dah tak tahu nak cerita apa lagi dalam post Ketika dan Kalimat ni. Sampai sini saja lah nukilan aku untuk subjek BAHASA DALAM MULTIMEDIA ni. Dan sebelum aku akhiri warkah yang tidak seberapa ni, aku sekali lagi minta maaf pada pembaca blog aku sekiranya terdapat cacat cela dalam penghasilan blog ni, maklumlah aku ni amatur je, baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Jadi sekiranya aku ada tersalah tulis ke apa , maafkan lah. Aku mohon seribu kemaafan dari kalian semua.

Di sini aku lampirkan sebuah puisi khas untuk rakan-rakan seperjuangan aku khususnya untuk mereka yang amik subjek BAHASA DALAM MULTIMEDIA ni. Kalau korang nak tahu aku buat sendiri puisi ni, so korang baca dan hayati lah dengan penuh kekhusyukkan. Sekian saja dari aku. Tata.


Memo


Sekeping memo ini
Bersama nama tidak bertulis
Bersama tarikh tidak tercatat
Bersama waktu tidak tertulis
Ada rindu yang mekar
Pada pagi sunyi sepi

Sekeping memo ini
Sebagai mesin masa
Mengundur waktu di zaman silam
Menjadi inspirasi untuk hari ini
Pada hati yang luruhpedih
Disaluti luka lara yang tak sembuh.

Sekeping memo ini
Sebagai petunjuk jalan
Sebagai pembakar semangat
Biarpun payah
Pada jiwa yang kian resah
Namun semangat masih membara

Sekeping memo ini
Sebagai alat pengukur
Rasa sayang
Rasa cinta
Sejak hati dibiar luka
Namun rindu tetap tiada.

Thursday, March 26, 2009

TOKOH BAHASA MELAYU



Arbak Othman dilahirkan di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau mencapai beberapa kejayaan dalam bidang kritikan sastera pada tahun 2001 dengan Anugerah Sastera Utusan Melayu (Kategori Utama untuk Puisi) dan Anugerah Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dan kategori Kritikan Sastera untuk tahun 2001/2002.

Antologi Puisi beliau yang pertama dihasilkan sebelum ini berjudul Peta Cinta, manakala novel pertama diterbitkan berjudul Dari Dilema ke Destini.

HATI

Ia hanya segumpal darah
Menjadi daging
Mengawal diri
Mengawal perasaan
Mengawal fikiran
Hati yang suci putih.

Rahsia sekeping hati...
Tidak dapat diungkap
Tidak mudah disingkap
Sukar di fahami
Payah diterokai
Tiada jalan penyelesaiannya
Untuk dikaji mana wujudnya
Dari mana datangnya Mazmumah
Dari mana datangnya Mahmudah
Semuanya sukar untuk dikaji.

Selamilah hati sendiri
Jangan biarkan hati mengawal
Kelak binasa diri
Biar kita sahaja yang mengerti
Rahsia sekeping hati...

SEKEPING MEMO

Sekeping memo ini
Bersama nama tidak bertulis
Bersama tarikh tidak tercatat
Bersama waktu tidak tertulis
Ada rindu yang mekar
Pada pagi sunyi sepi

Sekeping memo ini
Sebagai mesin masa
Mengundur waktu di zaman silam
Menjadi inspirasi untuk hari ini
Pada hati yang luruhpedih
Disaluti luka lara yang tak sembuh.

Sekeping memo ini
Sebagai petunjuk jalan
Sebagai pembakar semangat
Biarpun payah
Pada jiwa yang kian resah
Namun semangat masih membara

Sekeping memo ini
Sebagai alat pengukur
Rasa sayang
Rasa cinta
Sejak hati dibiar luka
Namun rindu tetap tiada.