Thursday, March 26, 2009

TOKOH BAHASA MELAYU



Arbak Othman dilahirkan di Kampung Sebatu, Melaka. Beliau mencapai beberapa kejayaan dalam bidang kritikan sastera pada tahun 2001 dengan Anugerah Sastera Utusan Melayu (Kategori Utama untuk Puisi) dan Anugerah Perdana Dewan Bahasa dan Pustaka dan kategori Kritikan Sastera untuk tahun 2001/2002.

Antologi Puisi beliau yang pertama dihasilkan sebelum ini berjudul Peta Cinta, manakala novel pertama diterbitkan berjudul Dari Dilema ke Destini.

HATI

Ia hanya segumpal darah
Menjadi daging
Mengawal diri
Mengawal perasaan
Mengawal fikiran
Hati yang suci putih.

Rahsia sekeping hati...
Tidak dapat diungkap
Tidak mudah disingkap
Sukar di fahami
Payah diterokai
Tiada jalan penyelesaiannya
Untuk dikaji mana wujudnya
Dari mana datangnya Mazmumah
Dari mana datangnya Mahmudah
Semuanya sukar untuk dikaji.

Selamilah hati sendiri
Jangan biarkan hati mengawal
Kelak binasa diri
Biar kita sahaja yang mengerti
Rahsia sekeping hati...

SEKEPING MEMO

Sekeping memo ini
Bersama nama tidak bertulis
Bersama tarikh tidak tercatat
Bersama waktu tidak tertulis
Ada rindu yang mekar
Pada pagi sunyi sepi

Sekeping memo ini
Sebagai mesin masa
Mengundur waktu di zaman silam
Menjadi inspirasi untuk hari ini
Pada hati yang luruhpedih
Disaluti luka lara yang tak sembuh.

Sekeping memo ini
Sebagai petunjuk jalan
Sebagai pembakar semangat
Biarpun payah
Pada jiwa yang kian resah
Namun semangat masih membara

Sekeping memo ini
Sebagai alat pengukur
Rasa sayang
Rasa cinta
Sejak hati dibiar luka
Namun rindu tetap tiada.